Jumaat, 29 Januari 2016

SENAMAN 5 MINIT

5-minit senaman pernafasan setiap hari Posted on January 13, 2012 by sitik Senaman pernafasan dengan cara yang betul adalah perlu bagi mencapai matlamat senaman tersebut seperti mengurangkan stres (tekanan), mengeluarkan toksin (racun) dan bahan buangan dari badan. Hampir satu pertiga toksin dalam badan dikeluarkan melalui proses perkumuhan (najis, air kencing dan peluh). Bagi mendapatkan hasil yang optimum, senaman pernafasan yang betul hendaklah dilakukan setiap hari. Cara senaman pernafasan ringkas yang dicadangkan oleh Dr. Mao terdapat dalam artikel ringkas di bawah ini. Caranya: Duduk tegak di atas kerusi atau bersila panggung, tutup mata dan mula bernafas melalui hidung (nostril). Fokus minda pada nafas yang masuk melalui hidung hingga mengisi badan. Tarik nafas panjang secara perlahan-lahan, bernafaslah mengikut ritma, dan seboleh-bolehnya cuba samakan tempoh bagi tarik nafas ke dalam dan hembus nafas keluar. Lepas 5 minit anda akan berasa aman… Selamat mencuba….