Kardiovaskular
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,
kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek
kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor
utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit
kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit
hipokinetik, penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas
meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam
kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Daya Tahan KardiovaskularFungsi Sistem Kardiovaskular
PenghantarMenghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung.
PengeluarMengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan
PengangkutMengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah.
PengekalMembantu mengekalkan suhu dalam badan.
PenghalangMenghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.
Sistem Peredaran Darah
1. Sistem Peredaran Pulmonari
2. Sistem Peredaran Sistemik
