Mari Belajar...Apa itu Metabolisme?
Petikan daripada blog ADIQRIFQI
Sedang
saya tercari-cari entry yang sesuai nak tulis malam ni...tetiba dapat
satu panggilan dari rakan baik yang sedang dalam proses menurunkan berat
badan dengan bantuan produk nurlizz 2 slimming..Katanye kenapa bebrapa
hari selepas mengambil produk..selera makan nya makin
bertambah?..Aduh..camno nak kurus kalu asik makan jerk?..Ahah...di sini
suka skali saya menerangkan hal berkaitan metabolisme...maka saya pon
menggoogle lah kan....Alhamdulillah saya memang tertarik dengan blog
rakan ini Zaki Khan
Penerangan tentang hal berkaitan metabolisme memang amat jelas..saya memang faham..anda akan faham selepas membacanya..disini sya bongkarkan melalui cara penulisan saya (tak kopipes tau!..tapi buat rumusan) berdasarkan pemahaman saya setelah membaca entry beliau. Tapi jika masih kurang jelas saya sarankan anda klik pada link Zaki Khan kat atas tu ek!
Dalam
proses penurunan berat badan, ia akan succes jika kita berusaha
meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Terlebih dahulu , kita
aruslah faham apa maksud metabolisme?
Kadar
metabolisme adalah kadar dimana badan kita membakar kalori. Kebanyakan
mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisme yang rendah. Walaupun
sekumpulan orang buat aktiviti dan makan makanan yang sama, tak
semestinya kadar pembakaran sama. .
Antara
faktor yang mempengaruhi metabolisme adalah umur. Kadar metabolisme
akan menurun 5% setiap 10 tahun selepas kita mencecah umur 40 tahun.
Jantina juga mempengaruhi..dimana lelaki kebanyakannya membakar kalori
lebih cepat berbanding perempuan disebabkan memiliki tisu otot yang
lebih. Seterusnya faktor keturunan, di mana kita mungkin mewarisi
genetik rendah metabolisme dan terakhir sekali mungkin faktor masalah
tiroid.
Untuk meningkatkan metabolisme badan (menurunkan berat badan), anda boleh mengubah diet iaitu mengamalkan cara 'makan sikit tapi kerap'.
Memanjangkan masa antara menu akan menyebabkan badan tukar ke mood
kelaparan dan akan menurunkan kadar metabolisme disebabkan badan nak
menjaga kita supaya tak kelaparan. Mengelakkan atau tak makan tidak
membantu dalam penurunan lemak.
Cara tambahan yang lain, anda bolehlah minum air sejuk (kerana bila minum air sejuk, badan akan membakar kalori untuk memanaskan kembali badan.), beraktiviti senam aerobik dan juga mencuba latihan bebanan (yang
ni korang cuba g gym.angkat dumb bell beribu kali..heheh) dimana otot
akan membakar lebih kalori berbanding lemak. Lebih tinggi kandungan
otot, lebih tinggi kadar metabolisme.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan