Selasa, 10 April 2012
Khamis, 5 April 2012
Rabu, 7 Mac 2012
Petua Mencerdaskan Minda
Oleh:Ustaz Omar Salleh
1. Allah menjadikan madu lebah yang mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk manusia. Ia mampu memberikan tenaga dan mencerdikkan akal.
2. Halia menyegarkan dan menguatkan urat saraf. Ia dapat membetulkan perjalanan darah dalam tubuh dan menguatkan ingatan.
3. Susu membantu menambahkan tenaga fizikal, menguatkan otak, meningkatkan kecergasan akal dan menajamkan penglihatan.
4. Lobak merah berupaya mengatasi keletihan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, menjaga sistem saraf, awet muda, mencerahkan mata, mencegah serangan barah, melawaskan buang air kecil dan mencerdaskan minda.
5. Memakan kuning telur berupaya mengatasi masalah lemah daya ingatan, lemah daya tumpuan, sering lupa, sering tertidur semasa membaca dan sering menguap.
6. Kurma dapat mengatasi masalah sakit kepala, menjaga kesihatan saraf, menghilangkan keletihan kerana menggunakan tenaga fizikal dan otak serta menurunkan kolestrol.
7. Kismis menyejukkan perut, mencergaskan fikiran, menguatkan saraf, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.
8. Terlalu banyak makan dan minum menyebabkan hati menjadi keras dan kurang peka.
P/s Sempena menjelang bulan peperiksaan nier, elok jugak diamalkan. Mudah-mudahan kesihatan kita dapat membantu minda kita untuk berfikir dengan lebih cerdas. Good luck. Cool
1. Allah menjadikan madu lebah yang mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk manusia. Ia mampu memberikan tenaga dan mencerdikkan akal.
2. Halia menyegarkan dan menguatkan urat saraf. Ia dapat membetulkan perjalanan darah dalam tubuh dan menguatkan ingatan.
3. Susu membantu menambahkan tenaga fizikal, menguatkan otak, meningkatkan kecergasan akal dan menajamkan penglihatan.
4. Lobak merah berupaya mengatasi keletihan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, menjaga sistem saraf, awet muda, mencerahkan mata, mencegah serangan barah, melawaskan buang air kecil dan mencerdaskan minda.
5. Memakan kuning telur berupaya mengatasi masalah lemah daya ingatan, lemah daya tumpuan, sering lupa, sering tertidur semasa membaca dan sering menguap.
6. Kurma dapat mengatasi masalah sakit kepala, menjaga kesihatan saraf, menghilangkan keletihan kerana menggunakan tenaga fizikal dan otak serta menurunkan kolestrol.
7. Kismis menyejukkan perut, mencergaskan fikiran, menguatkan saraf, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.
8. Terlalu banyak makan dan minum menyebabkan hati menjadi keras dan kurang peka.
P/s Sempena menjelang bulan peperiksaan nier, elok jugak diamalkan. Mudah-mudahan kesihatan kita dapat membantu minda kita untuk berfikir dengan lebih cerdas. Good luck. Cool
Jumaat, 20 Januari 2012
Fresh Mind,HeaLThY life
Fresh Mind,HeaLThY life

How health are you?? If you think you are strong enough to lift a painfull of water,or moving a table up,yes... you are true! but it is not all. You will know more about healthy life its self meant after you have finished to read this article.
Healthy mind,healthy soul and healthy body. That is the main to deciding what healthiness it's meant. In therm to make a "healthy life" and to apply it into our surrounding. We can begin with a small thing. What about self cleanliness,and tidiness? or,just think about tidy up our room everyday? trust me,it will make a changes to our life!We start to change our self first,and then after that we can change our surrounding,our environment,even we can change the world!! wow,,excellent!!
Apart from our physical healthiness we still have another aspect for a perfect "healthy life". The other thing which is more important,it is the healthiness from inside our soul. How to keep it? you must pray to your God.He is the only one to be our guidance. We will keep our hearth "clean". It make all our life balance.
To sum up,healthiness must be kept from inside,and outside ourself.I believe we can do it. Just think it simple,and make it easy!!
LABEL: BY : DIMAS
Isnin, 16 Januari 2012
Tips otak cerdas
Sumber: Blog Cergas dan cerdas, ceria selalu
Sedar
atau tidak, rupa-rupanya berat otak cuma dua peratus dari keseluruhan
berat tubuh kita, namun ia memerlukan 20 peratus jumlah kalori untuk
berfungsi dengan sempurna. Bekalan glukos berterusan penting untuk
memastikan organ ini berfungsi dengan efisien.
Kajian
mendapati, otak adalah organ pertama menyerap nutrisi dari makanan yang
diambil. Oleh itu, diet yang sempurna dan seimbang sangat penting
untuk perkembangan kanak-kanak.
Asid lemak Omega 3, DHA dan EPA
sangat penting untuk pertumbuhan otak. Boleh diperolehi dari ikan tuna
dan kembung, namun ikan salmon adalah sumber terbaik. Mereka yang makan
salmon dua kali seminggu dipercayai mempunyai otak yang tajam.
Kuning telur kaya dengan chloline,
sejenis asid amino; sangat penting untuk pertumbuhan otak. Manakala
mentega kacang pula kaya dengan vitamin E dan antioksida yang
melindungi membran saraf. Manakala thiamine penting dalam membantu otak
dan sistem saraf menukar glukos kepada tenaga.
Pengambilan
bijirin penuh termasuk oat sangat digalakkan kerana ia kaya dengan
serat yang dapat mengawal pelepasan glukos. Oat kaya dengan vitamin B,
E, potassium dan zink yang dapat membantu otak berfungsi pada tahap
optimum.
Buah-buahan
beri seperti strawberi, blue berry dan cerry memang diketahui
mengandungi antioksidan yang kuat dan kaya dengan vitamin C. Pilihlah
buah yang elok dan segar, lebih terang warnanya, lebih tinggi kandungan
nutrisinya.
Jangan
lupa ambil lebih banyak sayur-sayuran dari pelbagai jenis dan warna.
Selain kandungan serat, ia kaya dengan antioksidan, zat, vitamin dan
mineral yang bagus untuk membina imuniti.
Makanan
bersaskan tenusu seperti susu dan dadih kaya dengan protin, vitamin B
dan enzim penting untuk pertumbuhan tisu-tisu otak dan neurotransmitter.
Sebahagian kanak-kanak tidak menggemari rasa susu, jadi gunakanlah
kreativiti anda menghias hidangan dengan kekacang, buah-buahan dan beri
sebagai tarikan.
Kebijaksanaan
anda menyediakan menu dapat memastikan anak-anak menerima bekalan
nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk perkembangan fizikal dan minda
secara optimum.
Tips Kekal Cergas, Kekal Cerdas
Tips Kekal Cergas, Kekal Cerdas
Oleh admin
Posted pada 05 Mar 2011 pada 1:28am
Remaja tonggak masa depan negara.
Remaja generasi harapan ummah.
Itulah kata-kata dan harapan setiap ibu bapa, guru dan juga masyarakat terhadap seorang remaja.
Namun, bagaimana seorang remaja itu menggarap
potensi yang ada untuk memenuhi impian ibu bapa, guru dan sebagainya?
Ayuh, jangan berlengah lagi, mulai saat ini, tingkatkan kecergasan dan
kecerdasan diri adik-adik remaja! Tapi, bagaimana?
Antaranya;
1.Amalkan pemakanan yang berkhasiat lagi halalan
toyyiba. Katakan ‘no’ pada snek-snek yang hanya sedap di mulut, tapi,
akhirnya membawa kesengsaraan di hari tua. Fast food atau makanan segera
amat digemari oleh kaum remaja terutamanya yang tinggal di
bandar-bandar dan juga yang agak berduit, jadi, untuk kekal sihat dan
otak cerdas, tahanlah diri dari memasuki premis-premis tersebut. Lagipun
MacDonald boikot kan???
2. Kaum remaja hari ini terkenal dengan proaktif
dan kreatif dalam mencipta permainan dan hiburan. Tapi ingat, jangan
asyik melanggut di depan komputer atau Televisyen sahaja,
3 kali seminggu selama 20 minit , apakata kalau
adik-adik remaja ambil angin tasik sambil bersenam. Cara ini, Insya
Allah, lebih bermanfaat untuk badan dan juga minda!
3.Berkawan tiada salahnya, malah dituntut dalam
Islam untuk mengeratkan silaturrahim. Tapi, awas, pilihlah kawan sebaya
yang tinggi agamaya dan elok akhlaknya. Jauhi kawan-kawan yang suka
ponteng kelas, menghisap rokok dan yang paling bahaya menagih dadah.
Jangan cuba dekati mereka. Nanti terpengaruh, tak bau IPT, bahkan masuk
serenti! Lagipun, mengikut kajian seorang doktor, asap rokok yang
disedut melalui hidung akan terus masuk ke dalam otak. Lama-kelamaan
sel-sel otak akan mengecut dan akhirnya menjadikan seseorang perokok itu
seperti mayat hidup, jasad masih ada, tapi, otaknya tak berfungsi.
4. Alam remaja sering dikaitkan dengan cinta
monyet. Bahaya bermain cinta-cintun yang hanya memberi kenikmatan
sementara tetapi akan sengsara selamanya. Usahlah terpengaruh dengan
budaya barat yang saling berpegangan tangan antara bukan muhrim, minum
secawan, tunggang motor bersama dan serba serbi dibuat bersama sehingga
lahirlah produk kebersamaan (baca:anak luar nikah). Nauzubillah.
5.Remaja merupakan alam peralihan dari zaman
kanak-kanak kepada zaman dewasa. Di sinilah adanya ketidakseimbangan
horman seks iaitu Estrogen dan Progesterone dalam remaja perempuan dan
hormone Testosterone dalam remaja lelaki yang mana hormone-hormon ini
akan menyebabkan kemurungan dan stress kepada remaja terbabit. Jadi ,
setiap remaja perlu bijak mengawal emosi dan juga menangani stress.
Jangan biarkan stress menjadi diri remaja lebih buruk dan sampah
masyarakat. Apa terapinya? Allah sudah berfirman, ‘dengan mengingati
Allah, hati akan tenteram’, jadi, rajin-rajinlah solat , puasa dan baca
Al-Quran. Moga hati tenang, minda cerdas dan badan cergas.
–
NURUL IZZA MOHD ZAHIDI
Langgan:
Ulasan (Atom)




