Tips otak cerdas
Sumber: Blog Cergas dan cerdas, ceria selalu
Sedar
atau tidak, rupa-rupanya berat otak cuma dua peratus dari keseluruhan
berat tubuh kita, namun ia memerlukan 20 peratus jumlah kalori untuk
berfungsi dengan sempurna. Bekalan glukos berterusan penting untuk
memastikan organ ini berfungsi dengan efisien.
Kajian
mendapati, otak adalah organ pertama menyerap nutrisi dari makanan yang
diambil. Oleh itu, diet yang sempurna dan seimbang sangat penting
untuk perkembangan kanak-kanak.
Asid lemak Omega 3, DHA dan EPA
sangat penting untuk pertumbuhan otak. Boleh diperolehi dari ikan tuna
dan kembung, namun ikan salmon adalah sumber terbaik. Mereka yang makan
salmon dua kali seminggu dipercayai mempunyai otak yang tajam.
Kuning telur kaya dengan chloline,
sejenis asid amino; sangat penting untuk pertumbuhan otak. Manakala
mentega kacang pula kaya dengan vitamin E dan antioksida yang
melindungi membran saraf. Manakala thiamine penting dalam membantu otak
dan sistem saraf menukar glukos kepada tenaga.
Pengambilan
bijirin penuh termasuk oat sangat digalakkan kerana ia kaya dengan
serat yang dapat mengawal pelepasan glukos. Oat kaya dengan vitamin B,
E, potassium dan zink yang dapat membantu otak berfungsi pada tahap
optimum.
Buah-buahan
beri seperti strawberi, blue berry dan cerry memang diketahui
mengandungi antioksidan yang kuat dan kaya dengan vitamin C. Pilihlah
buah yang elok dan segar, lebih terang warnanya, lebih tinggi kandungan
nutrisinya.
Jangan
lupa ambil lebih banyak sayur-sayuran dari pelbagai jenis dan warna.
Selain kandungan serat, ia kaya dengan antioksidan, zat, vitamin dan
mineral yang bagus untuk membina imuniti.
Makanan
bersaskan tenusu seperti susu dan dadih kaya dengan protin, vitamin B
dan enzim penting untuk pertumbuhan tisu-tisu otak dan neurotransmitter.
Sebahagian kanak-kanak tidak menggemari rasa susu, jadi gunakanlah
kreativiti anda menghias hidangan dengan kekacang, buah-buahan dan beri
sebagai tarikan.
Kebijaksanaan
anda menyediakan menu dapat memastikan anak-anak menerima bekalan
nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk perkembangan fizikal dan minda
secara optimum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan