Isnin, 16 Januari 2012

Tips Kekal Cergas, Kekal Cerdas

Tips Kekal Cergas, Kekal Cerdas

Oleh admin
Posted pada 05 Mar 2011 pada 1:28am
Remaja tonggak masa depan negara.
 
Remaja generasi harapan ummah.
 
Itulah kata-kata dan harapan setiap ibu bapa, guru dan juga masyarakat terhadap seorang remaja.
 
Namun, bagaimana seorang remaja itu menggarap potensi yang ada untuk memenuhi impian ibu bapa, guru dan sebagainya? Ayuh, jangan berlengah lagi, mulai saat ini, tingkatkan kecergasan dan kecerdasan diri adik-adik remaja! Tapi, bagaimana?
 
Antaranya;
1.Amalkan pemakanan yang berkhasiat lagi halalan toyyiba. Katakan ‘no’ pada snek-snek yang hanya sedap di mulut, tapi, akhirnya membawa kesengsaraan di hari tua. Fast food atau makanan segera amat digemari oleh kaum remaja terutamanya yang tinggal di bandar-bandar dan juga yang agak berduit, jadi, untuk kekal sihat dan otak cerdas, tahanlah diri dari memasuki premis-premis tersebut. Lagipun MacDonald boikot kan???
 
2. Kaum remaja hari ini terkenal dengan proaktif dan kreatif dalam mencipta permainan dan hiburan. Tapi ingat, jangan asyik melanggut di depan komputer atau Televisyen sahaja,
3 kali seminggu selama 20 minit , apakata kalau adik-adik remaja ambil angin tasik sambil bersenam. Cara ini, Insya Allah, lebih bermanfaat untuk badan dan juga minda!
 
3.Berkawan tiada salahnya, malah dituntut dalam Islam untuk mengeratkan silaturrahim. Tapi, awas, pilihlah kawan sebaya yang tinggi agamaya dan elok akhlaknya. Jauhi kawan-kawan yang suka ponteng kelas, menghisap rokok dan yang paling bahaya menagih dadah. Jangan cuba dekati mereka. Nanti terpengaruh, tak bau IPT, bahkan masuk serenti! Lagipun, mengikut kajian seorang doktor, asap rokok yang disedut melalui hidung akan terus masuk ke dalam otak. Lama-kelamaan sel-sel otak akan mengecut dan akhirnya menjadikan seseorang perokok itu seperti mayat hidup, jasad masih ada, tapi, otaknya tak berfungsi.
 
4. Alam remaja sering dikaitkan dengan cinta monyet. Bahaya bermain cinta-cintun yang hanya memberi kenikmatan sementara tetapi akan sengsara selamanya. Usahlah terpengaruh dengan budaya barat yang saling berpegangan tangan antara bukan muhrim, minum secawan, tunggang motor bersama dan serba serbi dibuat bersama sehingga lahirlah produk kebersamaan (baca:anak luar nikah). Nauzubillah.
 
5.Remaja merupakan alam peralihan dari zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Di sinilah adanya ketidakseimbangan horman seks iaitu Estrogen dan Progesterone dalam remaja perempuan dan hormone Testosterone dalam remaja lelaki yang mana hormone-hormon ini akan menyebabkan kemurungan dan stress kepada remaja terbabit. Jadi , setiap remaja perlu bijak mengawal emosi dan juga menangani stress. Jangan biarkan stress menjadi diri remaja lebih buruk dan sampah masyarakat. Apa terapinya? Allah sudah berfirman, ‘dengan mengingati Allah, hati akan tenteram’, jadi, rajin-rajinlah solat , puasa dan baca Al-Quran. Moga hati tenang, minda cerdas dan badan cergas.
NURUL IZZA MOHD ZAHIDI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan